Khamis, 3 September 2015

DEMAM MALAM JE..

Assalamualaikum..

First entry untuk my new blog. Motherhood life.. 

Beberapa minggu ni amani asyik demam je masa tidur malam. Bila tiba siang demam nya dah kebah. Pulak tu suhu demamnya tinggi sangat..

Kadang bila terbangun malam, merengek je dia. Sampai keluar-keluar air mata. Sian plok kat anak ambe.. Tak tahu kenapa jadi gitu..

Tanya-tanya jugak pada kawan-kawan. Ada yang cakap kena sakit urat. Ada yang cakap gangguan. Ada jugak yang suggest mandi anak dengan ayah dia.. Macam-macam ada.

Siapa yang pernah experience gini? Boleh bagi solution tak..

Kesian jugak pada baby. Dah tak tahu dah nak buat apa. Kalau demam, selalunya bagikan ubat demam je. Kalau boleh saya tak nak kerap bagi ubat demam sangat. Ye la kan. Baby kecik lagi..

Saya selalu amik EL sebab condition anak yang demam panas sangat. Bila tiba tengahari demamnya dah tak ada. pelik jugak..

~~Need help~~

5 ulasan:

  1. Bawa pergi klinik la..mereka pakar dalam bidang ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah selalu juga bawa ke klinik mr.hanafi. Ubat yang diberi pon masih ada lagi. Tu yang buntu tu..

      Padam
  2. Skang nie macam2 boleh berlaku... baik akak bawa ke klinik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la risaua jugak kan. Alhamdulillah baby masih kekal aktif walau demam.

      Padam
  3. Anak saya dulu ada juga bila malam ja panas badan, so buat air penawar sikit bagi minum alhamdulillah sembuh

    BalasPadam