Lamanya tinggal kan belog mami ni. Dah penuh dengan sawang dan labah-labah dah ni. haha Maaf ya semua pembaca setia (Cewah.. Berangan ada follower. Haha). Sebab kan nak buat comeback, so mami nak tukar initial baru la. MA. Maksudnya mami amani. heheh
Kali ni nak cerita pasal Gold Coast Melaka International Resort. Sebelum ni MA tahu ada Gold Coast Resort ni di Morib. Kali ni diorang bukak di Melaka pulak. (Sebenarnya dekat setahun gak dorang dah bukak. MA je lambat nak update. Heheh) Kalau tak silap mereka ambik alih resort ni dari water city. Hotel Gold Coast ni memang besar. Banyak bilik. Sesuai la pada siapa-siapa yang nak buat hari keluarga.
Gold Coast Melaka International Resort Foto kredit kepada http://www.goldcoastmalacca.com |
Lokasi Gold Coast Melaka International terletak di bukit katil. Kalau siapa pernah pergi ke Bayou lagoon, dia actually laluan yang sama untuk ke Gold Coast Melaka International Resort ni. Nak tahu lokasi sebenar nya cuba ikut map ni.
Lokasi Gold Coast Melaka International Resort Foto kredit kepada http://www.goldcoastmalacca.com |
MA dah lama nak bawak amani datang mandi manda kat sini. Baru-baru ni je berkesempatan. Actually Amani ni tak suka pon nak mandi manda ni. MA je yang lebih-lebih excitednya. Ingat lagi masa bawak dia pergi spa baby Hipopo dekat The Shore dulu. Masuk air je terus nangis. Heheh Hehe.
Nak jadi citer kami sampai di Gold Coast ni pon tak ada la awal sangat. Rasanya dalam jam 11 jugak kami tiba. Tapi yang best nya tak ramai orang lansung. Agaknya sebab musim panas kot. Jadi orang kurangkan aktiviti luar.
Bayaran masuk theme park ni tak ada la mahal sangat. Affordable la dan berbaloi dengan kemudahan yang diorang sediakan. Kalau hari minggu RM35 dewasa dan RM25 kanak-kanak. Kalau hari kerja murah sikit la. Tapi yang bagusnya theme park ni bukak sampai malam. Dan harga untuk kemasukan malam pon berbeza. RM25 dewasa dan RM15 kanak-kanak.
Macam biasa masuk theme park semua kena pakai band |
Gold Coast Melaka International Resort ni ada 3 jenis kolam. 1 kolam yang ada elevated height. Makin ke depan makin dalam. Dan kolam ni ada ombak buatan. So kalau family yang ada anak-anak kecik sesuai la mandi sama-sama kat kolam ni.
Nampak tak kat belakang tu. Tu kolam yang ada wave buatan tu. |
Amani baru masuk kejap dan kesejukan. Hehe. Yang ni kolam kanak-kanak. |
Tapi kalau anak kita tak nak mandi, ada satu playground kat depankolam kanak-kanak ni. So dorang boleh main-main kat situ
Poyo je amani pakai sunglass. Hehe. Kat tepi tu playground depan kolam kanak-kanak |
Yang ni kolam dewasa. MA duduk luar dulu dengan Amani. |
Lepas tu AA (Ayah Amani) excited bawak masuk amani dalam kolam sekali. |
Istimewanya Gold Coast Melaka International Resort ni sebab dia ada outdoor jakuzi. 1 kecik dan 1 besar. Disebabkan tak ramai orang masa kitorang pergi ni, so boleh la kitorang conquer jakuzi tu. Hahaha. Detik yang sangat penting dalam lawatan kami masa duk dalam jakuzi ni.
Ni la detik permulaan amani nak suka main air. Hehe |
Mandi manda dalam jakuzi kecik. Nampak tak reflek kepanasan di muka MA tu. Hehe |
Yeay! Amani dah suka naik pelampung. Main-main air. |
Sebab apa taw. Sebab start dari mandi kat jakuzi ni la amani start having fun mandi and main air. Kalau tak nak mandi kat bilik air pon kadang-kadang nangis. huhu
So dah penat-penat theme park ni kami pon lepak-lepak bawah pokok kelapa sambil makan nasi lemak bungkus kat kedai luar. Actually tak pasti boleh bawak masuk makanan atau tak dalam ni. Sebab masa kami masuk tu tak ada orang jaga entrance dia. So tak ada la adegan cek-cek bagasi di pintu masuk tu. Heheh.
Meh MA belanja sikit gambar-gambar lepak kepenatan. Heheh
Meh MA belanja sikit gambar-gambar lepak kepenatan. Heheh
Lepas dah puas mandi manda kami pon siap-siap la nak balik. Yang kureng skit tempat ni satu je. Changing room dia tak banyak. Plak tu dalam 1 changing room tu ada 2 bilik air dan 1 bilik mandi je. So kalau orang ramai, agak packed sikit lagi kamar persalinan dia.
Tapi overall best dan menarik. Boleh la bawak anak-anak datang sini kalau tak tahu mana nak pergi hujung-hujung minggu tu. MA kasi 3 bintang.
Sekian celoteh MA.
Sampai ketemu lagi..
~~Happy Reading guys and gurls ~~
besar jugak swimming pool.
BalasPadam