Isnin, 7 September 2015

3 TIPS UNTUK IBU BAPA YANG MEMPUNYAI ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalamualaikum semua..

Beberapa hari lagi akan berlansungnya peperiksaan UPSR. Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang akan mendudui peperiksaan, tentunya anda lebih berdebar-debar berbanding anak itu sendiri kan. Kita la yang duk risau untuk dia. 

Bersediakah anak anda untuk menghadapi peperiksaan

Selalunya waktu-waktu begini banyak sekolah akan ada kan pelbagai program bagi membantu anak-anak ini menghadapi peperiksaan. Ada yang buat solat hajat. Gerak gempur. Dan macam-macam lagi. 

Selain anak kita berusaha bertungkus lumus menghadapi peperiksaan yang bakal mereka duduki nanti, anda sebagai ibu bapa pon jangan la duduk tengok TV saje ye. Sebaiknya anda lakukan sesuatu yang bermanfaat untuk mereka. Jom mami kongsi apa yang anda boleh lakukan untuk mereka.

TIPS 1 - DOA UNTUK ANAK HADAPI PEPERIKSAAN

Sebaiknya anda sebagai ibu bapa, berdoalah untuk anak anda yang bakal menduduki peperiksaan itu. Doa ibu bapa kan tidak ada hijabnya. Mudah termakbul. Nak-nak lagi doa seorang ibu.

Antara doa yang anda boleh amalkan ialah


Lakukan solat hajat dan berdoalah untuk mereka supaya mereka dapat menjawab peperiksaan dengan tenang. Supaya mereka mudah faham akan soalan-soalan yang diberi.

TIPS 2- JAGA KESIHATAN

Mami teringat dulu sewaktu mami nak jawab periksa. Mami selalu doa supaya Allah beri kesihatan yang baik semasa tempoh peperiksaan. Penting bagi anda sebagai ibu bapa menjaga kesihatan anak anda yang bakal menghadapi peperiksaan.

Sekiranya anak anda tidak sihat, ianya sangat mempengaruhi mood mereka untuk menjawab peperiksaan. Jika anak anda selsema, ia akan mempengaruhinya semasa menjawab peperiksaan. Mana tak nya, sedang sibuk menjawab, hingus meleleh pulak. Dah terganggu nak jawab periksa.

TIPS 3 - MINUM AIR YANG BANYAK

Air adalah sumber oksigen yang paling penting untuk badan kita. Ajarkan anak anda minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Oksigen dalam badan dapat membantu pemikiran yang baik.

Pendek kata kita sebagai ibu bapa, lakukan lah sebaik mungkin supaya anak kita cemerlang di dunia dan di akhirat. Ajarkan la kepada mereka ilmu-ilmu yang berguna supaya mereka berjaya kelak.

~~Sekian bicara mami~~

15 ulasan:

  1. Balasan
    1. Noriza, anak mami belum nak UPSR lagi. Baru setahun je umur nya. Hehehe Tq singgah

      Padam
    2. Oh, MV ingatkan anak mami yang nak ambil exam..tapi petua ni bagus diamalkan oleh anak-anak yang nak menduduki peperiksaan kan?

      Padam
  2. nana sy pernah dpt tips kalo nak periksa, makan buah delima dr biji pertama sampai akhir, dgr nya dpt mnguatkan ingatan...alllahualam

    BalasPadam
  3. Boleh rujuk balik entri ni bila dah ada anak nanti, hehe

    BalasPadam
  4. wah..bestnya ada panduan begini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mr.hanafi saya share berdasarkan pengalaman sendiri. Kadang-kadang kita terlepas pandang.. Semoga bermanfaat.

      Padam
  5. anak sulung baru darjah satu ... tq sbb share tips ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama zie. Boleh jugak apply pada anak zie. Darjah 1 pon ada periksa akhir tahun kan. Hehehe

      Padam
  6. tips yg baik utk diamalkan..thnk you for sharing...membalas kunjungan.tq sbb sudi mlawat blog dan tingglkn komen..

    BalasPadam
  7. huhu tak payah upsr, anak saya 4 tahun ada assessment pun dah debar wpun cikgu cakap dah siap2 bukan serius2 punya. (behavioural test) lagilah mak2 anaknya UPSR ni..

    BalasPadam