Selasa, 8 September 2015

10 TEMPAT MENARIK DI MELAKA TAHUN 2015 YANG BOLEH ANDA LAWATI PADA MUSIM CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum semua..

Hari ni bermulanya peperiksaan UPSR bagi pelajar tahun 6. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang menduduki peperiksaan ini tentunya rasa berdebar-debar dan risau kan. Boleh ke anak tu nak jawab exam. Boleh ke mereka jawab dengan baik dan betul. Fuhh.. Boleh stress dibuatnya kan.

Sebelum ni mami dah share tips tentang apa yang ibu ayah semua boleh buat untuk anak-anak mereka yang sedang exam ni. KLIK SINI. Jadi ibu ayah semua jangan la risau sangat k. Mereka pasti dapat lakukan yang terbaik. Dah penat-penat mereka mentelaah pelajaran untuk exam tu, apa kata ibu ayah semua bawa mereka bercuti ke tempat menarik di Malaysia ni.

Tempat menarik di Melaka 

Memandangkan mami ni duduk di Melaka. Maka mami nak kongsi dengan semua reader (macam banyak je reader tu yer.. Kihkihkih) tempat-tempat menarik sepanjang tahun 2015 yang ibu ayah semua boleh lawati. Banyak taw sebenarnya tempat menarik kat sini. Maklumla BANDARAYA WARISAN DUNIA.

Semua memang dah tahu kan Melaka merupakan Bandaraya Bersejarah. Jadi banyak tapak-tapak tinggalan sejarah yang mana susah untuk anda temui di negeri-negeri lain. Kedudukan Melaka di persisiran pantai juga menjadikan Melaka sebuah negeri yang sangat unik. Jom terjah tempat menarik di MELAKA yang anda boleh lawati.

Sebelum tu jom berhibur dengan Kumpulan Nasyid DIAN dari Politeknik Melaka tempat saya mengajar ni. Kalau nak tahu penyanyi utama kumpulan ini adalah abang kepada Akim AF dan juga penulis lagu POTRET dari AKIM & THE MAJISTRET


1. KOTA A FAMOSA 


A Famosa merupakan sebuah kubu yang dibina oleh Portugis semasa menakluk Melaka pada tahun 1511. Kota ini mengambil masa 5 bulan untuk dibina hasil daripada kerahan buruk paksa bagi menangkis serangan orang-orang melayu pada ketika itu. Disebabkan cuaca yang panas dn kekurangan makanan ramai buruh paksa ini mati semasa pembinaan kota tersebut.

Kota A famosa ni terletak di atas bukit. Jadi paham-paham la. Untuk sampai ke atas tu anda perlu menaiki berpuluh-puluh anak tangga. Boleh semput juga nak naik atas ni. Tapi jangan tak tahu view kat atas tu memang best. Rasa tenang je. Tak rugi anda panjat tinggi-tinggi.


Antara coconut shake yang tersohor di Melaka ialah Klebang Coconut Shake. Dah nama pon Klebang Coconut Shake tentula lokasinya juga berada di Klebang. Waktu operasi Klebang Coconut Shake ni adalah seawal jam 12 tengahari dan tutup jam 7 petang.
Waktu operasi Klebang Coconut Shake

Coconut Shake Special


Unik nya Klebang Coconut Shake ni ialah kedainya terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk mereka yang ingin bawa pulang atau bungkus. Dan satu lagi untuk mereka yang ingin minum di situ. Kalau anda datang lambat sikit je, memang panjang la beratur nya. Sebab Klebang Coconut Shake ni boleh juga dikatakan sebagai salah satu tarikan pelancong di negeri Melaka ni.

Rugi rasanya jika anda tak cuba Coconut shake special ni jika anda melawat ke Melaka. Sekali cuba pasti nak lagi.


Taman rekreasi air panas Jasin ini merupakan satu destinasi istirehat yang perlu dikunjungi sekiranya anda berkunjung ke Melaka. Anak-anak anda yang baru selesai peperiksaan tu tentu seronok jika dibawa ke sini. Mana tak nya mereka dapat berseronok mandi manda.

Baucer ini mungkin boleh digunakan oleh anda semasa berkunjung ke sini

Taman rekreasi ni terbahagi kepada banyak seksyen. Ada bahagian koalm air sejuk dan ada bahagian kolam air panas. Air panas ini dihasilkan dari air mineral semualjadi iaitu air mineral suam tinggi sulfur putih beralkali. Ia dikatakan dapat menyihatkan tubuh badan keran keupayaan nya untuk mencantikkan kulit, menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan tekanan.


Foto: Kredit to roslithnin.blogspot.my


Harga tiket masuk yang dikenakan ialah RM6 untuk pengunjung dewasa dan RM3 untuk pengunjung kanak-kanak. Waktu operasi pula adalah seawal jam 9 pagi dan tutup pada jam 12 malam.

4. ZOO MELAKA & NIGHT SAFARI
Zoo Melaka merupakan sebuah zoo yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan merupakan ZOO KEDUA TERBESAR di Malaysia. Mesti anda akan rasa boring kan pergi Zoo ni. But believe me. Saya dah masuk beberapa kali ke sini dah setiap kali tu saya akan rasa seronok.

Selain layout perjalanan dalam zoo yang menarik, binatang-binatang yang dipelihara juga punya tarikan tersendiri. Jangan main-main jalan-jalan dalam ni taw. Silap-silap kena tour satu hari baru habis pusing.

Oh ye. Zoo Melaka ni juga ada night safari. Tak payah pergi jauh-jauh nak pergi Night Safari. Best kan..

5. MASBRO VILLAGE, PAYA RUMPUT
Salah satu homestay yang menarik di Melaka ini ialah MASBRO VILLAGE yang terletak di paya rumput. Jika anda masuk ke melaka melalui tol Simpang Ampat menuju ke Bandar Melaka, anda dapat melihat homestay ini di sebelah kanan jalan sebelum tiba di lampu isyarat Tesco Cheng.

Homestay ini boleh memuatkan sehingga 6 orang untuk satu rumah. Jarak antara homestay ini ke bandar melaka pula hanya7 kilometer sahaja. Sekali pandang nampak seperti di luar negara kan. Untuk tempahan boleh KLIK SINI



6. MEDAN IKAN BAKAR CRYSTAL BAY, ALAI

Kedudukan Melaka yang terletak di persisir pantai membuatkan ramai anak melayu mengusahakan medan ikan bakar. Ikan bakar akan terasa lebih enak jika dinikmati di tepi muara. Ramai yang dah maklum mengenai Medan Ikan Bakar Umbai dan Medan Ikan bakar Muara Sungai Duyong.



Sebagai penghuni negeri Melaka ni, mami kurang gemar mengunjungi kedua tempat tersebut. Sementelah kedudukan Umbai yang lebih ke atas dari Alai. Sebut mengenai ikan bakar tentula kita nak menikmatinya bersama-sama keluarga kan. Jadi tentula harga amat memainkan peranan. 


Foto: Kredit to www.klurbanite.com

Pada saya harga menu ikan bakar di Crystal Bay Alai adalah lebih murah berbanding kedua-dua tempat tersebut. Walaupun lokasi medan ikan bakar ini tidak lah terletak di muara sungai sangat. Tapi at least harga menunya jauh lebih murah.

Deli Ikan Bakar adalah salah satu kedai ikan bakar di sana. Sekali sekala kalau mami teringin makan ikan bakar, Deli la pilihan hati. Selain makanan nya yang sedap dan murah, kedai ini juga mempunyai kawasan makan yang luas. Oh. Pemilik kedai ini juga baik hati. Setiap kali kami pergi memang dia akan berikan diskaun.

7. D'ALAI HOMESTAY



Oh ye.. Di alai juga terdapat sebuah homestay yang sangat sesuai untuk percutian seisi keluarga. Homestay ni memang selalu penuh kerana fasiliti yang disediakan hampir menyerupai sebuah hotel. Mana tak nya homestay ini mempunyai 15 bilik dan setiap bilik tu ada kemudahan-kemudahan yang privasi.

Homestay ini juga menyediakan promosi-promosi yang menarik untuk pengunjung nya. Antara fasiliti yang ada di sini ialah kemudahan BBQ, kolam renang dewasa dan kanak-kanak, kemudahan wifi dan lain-lain.




Foto: Kredit to D'alai homestay


Untuk tempahan boleh KLIK SINI

8. SKY TOWER THE SHORE
Sebenarnya sky tower ni terletak di shopping complex terbaru di Melaka iaitu The Shore. Nama pon The Shore kan. Memang kompleks ini terletak bersebelahan dengan Sungai Melaka. Anda dapat melihat bangunan ini jika menaiki river cruise menyulusuri Sungai Melaka.


The Shore ni nak kata shopping complex pon ye, hotel pon ye, apartment pon ye. Meh saya belanja gambar dulu la. Memang syokk.


 


Ha.. Macam mana okay tak tempat-tempat tu semua. Ini bukan calang-calang tempat taw. Tempat ni di suggest oleh orang Melaka taw. Dijamin seronok. Heheheh Selamat bercuti kepada semua anak-anak. Terutamnya yang abru lepas exam tu. Mak ayah pon tumpang berehat sekali yek..

~~Sekian Bicara Mami~~


35 ulasan:

  1. Dah dua kali jejak melaka tp kuar buat kerja
    Tak sempat jalan2 lagi tq for post

    Bbn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Next time datang jangan lepaskan peluang taw pergi tempat2 ni.. Sangat disarankan.

      Padam
    2. Anda boleh dapatkan senarai homestay Melaka yang murah hingga exclusif berhampiran lokasi pelancongan & ipt di sekitar Melaka..
      sila lawati; 
      www.AnugerahHomestay.com

      *kami bukan agen tetapi adalah pemilik sebenar homestay..
      **mutu dan kualiti homestay dijaga rapi sendiri..

      Padam
  2. last time pergi melaka tahun 2000.. banyak jugak tempat best ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama sangat dah tu nik. Cuti sekolah ni boleh turun sini. Ada macam2 dah yang best kat sini.

      Padam
  3. Banyak lagi tempat tak pernah kunjungi ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya ada banyak lagi noriza. Nanti jangan lupa datang ye. Melawat Melaka beerti melawat Malaysia. Heheh

      Padam
    2. InsyaAllah plan memang akan ke sana juga nanti

      Padam
  4. banyak tempat baru untuk diexplore nie.. yang pasti INFLATABLE WATER PARK JASIN would be a great place to bring the children.
    #didyouknow #korangtautak #kttshaklee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Saya pon belum berkesempatan untuk singgah di sana.

      Padam
  5. Suka datang Melaka memang banyak tempat menarik Maha pun ada tulis beberapa kawasan yang boleh di lawati bila ada kat Melaka tapi tak suka jem jer sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Weekend memang jem maha. Tapi banyak sebenaranya jalan alternatif. Cuma mungkin kebanyakan pelancong and pelawat tak suka guna jalan tu. Maybe sebab bukan jalan utama. Tapi kalau ikut jalan alternatif ni memang cepat sampi tau. Kurang la jem tu..

      Padam
  6. La tak sangka banyak tempat menarik.
    Best info hie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak azeni. Ni ada je yang tak masuk senarai ni. Heheh

      Padam
  7. semakin banyak tempat di melaka untuk bercuti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom la datang ke Melaka. Melawat melaka beerti melawat Malaysia. Heee

      Padam
  8. Study kat Melaka dulu sempat la juga pergi beberapa tempat.

    BalasPadam
  9. banyak tempat menarik di melaka skrg ni, kena rancanglah trip ke melaka lepas ni

    BalasPadam
  10. teringin nak pergi yang no 5 tu ! Nampak Unik sangat!

    BalasPadam
  11. melaka memang bandar bersejarah dan sangat bagus untuk dilawati ketika cuti sekolah

    Jumpa lagi dan salam singgah dari penulis blog Hero Borneo

    BalasPadam
  12. masa cutilah masa paling seronok dalam hidup zaman bekerja

    Jumpa lagi dan salam singgah dari penulis blog Hero Borneo

    BalasPadam
  13. Kat melaka la nih. Good info sis .tapi kemain susah nak cari hotel semua penuh. Mai saja ja tak plan pa pun. Tapi slut betui dgn melaka pasai keliling plaza mahkota ni semua hotel, tapi semua penuh. huhuhu.

    BalasPadam
  14. Kat melaka la nih. Good info sis .tapi kemain susah nak cari hotel semua penuh. Mai saja ja tak plan pa pun. Tapi slut betui dgn melaka pasai keliling plaza mahkota ni semua hotel, tapi semua penuh. huhuhu.

    BalasPadam
  15. TUMPANG IKLAN SIS. KEPADA SESIAPA YANG INGIN BERKUNJUNG KE MELAKA, SAYA ADA HOMESTAY DISANA AREA BUKIT KATIL DAN MEMANG TAK JAUH DARI DESTINASI DESTINASI SEPERTI DIATAS. SESIAPA YG BERMINAT BOLEHLAH HUBUNGI SAYA DITALIAN 0176831467 (WANI). -HAPPY HOLIDAYS- :)

    BalasPadam
  16. Setakat duk di muka bumi ni belum pernah jejaki ke Melaka. Memang saya ni tak berapa jalan ke luar negeri. Memang Melaka adalah tempat bersejarah dan banyak tempat menarik di sana.

    Jom kunjungi entri saya: Pengalaman Bersama ONEXOX.

    BalasPadam
  17. hwaaa,, tq sgt2.. bru ade plan nak keluar hari nie lepas tgok blog akak.

    BalasPadam
  18. Anda boleh dapatkan senarai homestay Melaka yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Bagi penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan ke Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com

    BalasPadam
  19. Anda boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com

    BalasPadam
  20. Kami menyediakan penginapan berkonsepkan Apartment dan Hostel dengan harga yang berpatutan di Bandar Melaka dan Klebang Melaka. Lawati http://www.indahkembara.com

    BalasPadam
  21. Dah ada night safari,dulu takde,esok juga aku ke sana

    BalasPadam