Wahhh lama betul tak bersiaran kat blog ni. Semenjak amani dapat adik ni,mami lagi la tak menang tangan nak menguruskan blog mami ni. Kali ni mami nak cerita, menda yang tular (viral) sekarang ni di Negeri Melaka ni.
Apa lagi. Satey Tulang la.
Sebelum ni ayah Amani ada ajak mami pergi makan satey tulang kat Seremban. Mami ni duk fikir..
Apa la yang best sangat satay tulang ni? Sebab apa tau. Mami duk terbayang yang satay tulang tu, tulang lembu!!
Hahhahah. Kelakar pulak bila fikir balik pasal tu. Rupanya satey tulang ayam la.
Adoi.. Mami.. Mami..
LOKASI SATAY TULANG MELAKA
Ha.. nak dijadikan cerita. Hari tu lagi ayah Amani dah ajak mami pergi makan satay tulang ni. Sebab lokasi nya dekat sangat dengan rumah kami. Tak sampai 10 minit pon dah sampai. Tapi sebab tak sure sangat lokasinya. Maka cancel dulu la plannya.
Semalam, ayah Amani dah confirmkan betul-betul kat mana sebenarnya lokasi satay tulang ni baru la confident nak pergi.
Satay tulang ni sebenarnya dijual dekat Pak Jakpau Corner di Lorong pokok Manggis.
Kalau dari traffic light Cheng height tu, masuk jalan menghala ke Klebang. Akan jumpa kedai cuci kereta di sebelah kanan lebih kurang 3km. Selepas kedai cuci kereta tu ada satu simpang di sebelah kanan yang ada lampu kelip-kelip.
Lampu kelip-kelip tu adalah Lorong Pokok Manggis. Masuk lorong tu ke belakang sehingga jumpa kedai makan di sebelah kanan.
Tu la kedai Pak Jakpau Corner.
Masa kami datang semalam, boleh tahan jugak orang nya. Hampir penuh juga kedai tu. Walaupon masa tu dah hampir jam 11 malam.
Satay Tulang Melaka
Kami pon cari meja, duduk. Bila nak order satay tulang, kakak yang amik order tu cakap.
Minta maaf. Satay tulang dah habis dah.
Oh kecewa nya. Hajat hati datang situ nak makan satay tulang. Tapi dah habis. Katanya kalau nak makan kena datang awal. Pengajarannya kena la datang awal. Jadi kami order satay ayam je la sebab itu je satay yang ada. Tambahan menu. Ayah amani order nasi goreng kampung, mami order kuehteow goreng. Air limau ais dan nescafe ais.+
Ada je kejaan dia. Nak panjat meja.
Nasi goreng kampung dengan kuehteow goreng sampai dulu. Amani memang suka nasi goreng ni. Alamak. Pedas pulak nasi goreng nya. Tunggu punya tunggu air tak sampai-sampai. Lambat jugak sampai nya.
Kecewa selepas tak dapat makan satay tulang
Rupanya dekat kedai tu ada sediakan air balang. Satu cawan RM1. Ada 2,3 jenis air rasanya. So kalau nak cepat amik air balang tu je minum.
Mula-mula terkejut jugak dengar harga satay tu. Mahal jugak harganya. 90 sen sebatang. Tapi lepas rasa sedapnya satay tu, OK la. Tak pa la 90 sen pon.. hahhaha
WAKTU OPERASI SATAY TULANG MELAKA
Waktu operasi Pak Jakpau corner ni dari jam 7 malam sehingga jam 12 tengah malam (tutup tak sure sangat). Kalau agak-agak nak makan satay tulang tu datang la seawal yang mungkin.
Kedai ni tutup HARI ISNIN. Hari lain dia bukak.
Overall kedai ni okay la. Cuma servis agak lambat sikit. Mungkin sebab baru diviralkan. Jadi agak slow sikit servisnya.
Lamanya tinggal kan belog mami ni. Dah penuh dengan sawang dan labah-labah dah ni. haha Maaf ya semua pembaca setia (Cewah.. Berangan ada follower. Haha). Sebab kan nak buat comeback, so mami nak tukar initial baru la. MA. Maksudnya mami amani. heheh
Kali ni nak cerita pasal Gold Coast Melaka International Resort. Sebelum ni MA tahu ada Gold Coast Resort ni di Morib. Kali ni diorang bukak di Melaka pulak. (Sebenarnya dekat setahun gak dorang dah bukak. MA je lambat nak update. Heheh) Kalau tak silap mereka ambik alih resort ni dari water city. Hotel Gold Coast ni memang besar. Banyak bilik. Sesuai la pada siapa-siapa yang nak buat hari keluarga.
Gold Coast Melaka International Resort
Foto kredit kepada http://www.goldcoastmalacca.com
Lokasi Gold Coast Melaka International terletak di bukit katil. Kalau siapa pernah pergi ke Bayou lagoon, dia actually laluan yang sama untuk ke Gold Coast Melaka International Resort ni. Nak tahu lokasi sebenar nya cuba ikut map ni.
Lokasi Gold Coast Melaka International Resort Foto kredit kepada http://www.goldcoastmalacca.com
MA dah lama nak bawak amani datang mandi manda kat sini. Baru-baru ni je berkesempatan. Actually Amani ni tak suka pon nak mandi manda ni. MA je yang lebih-lebih excitednya. Ingat lagi masa bawak dia pergi spa baby Hipopo dekat The Shore dulu. Masuk air je terus nangis. Heheh Hehe.
Nak jadi citer kami sampai di Gold Coast ni pon tak ada la awal sangat. Rasanya dalam jam 11 jugak kami tiba. Tapi yang best nya tak ramai orang lansung. Agaknya sebab musim panas kot. Jadi orang kurangkan aktiviti luar.
Bayaran masuk theme park ni tak ada la mahal sangat. Affordable la dan berbaloi dengan kemudahan yang diorang sediakan. Kalau hari minggu RM35 dewasa dan RM25 kanak-kanak. Kalau hari kerja murah sikit la. Tapi yang bagusnya theme park ni bukak sampai malam. Dan harga untuk kemasukan malam pon berbeza. RM25 dewasa dan RM15 kanak-kanak.
Macam biasa masuk theme park semua kena pakai band
Gold Coast Melaka International Resort ni ada 3 jenis kolam. 1 kolam yang ada elevated height. Makin ke depan makin dalam. Dan kolam ni ada ombak buatan. So kalau family yang ada anak-anak kecik sesuai la mandi sama-sama kat kolam ni.
Nampak tak kat belakang tu. Tu kolam yang ada wave buatan tu.
1 lagi kolam untuk kanak-kanak. Kat kolam kanak-kanak ni best gak la slide dia semua. So seronok jugak la anak kita kalau nak mandi kolam yang ni.
Amani baru masuk kejap dan kesejukan. Hehe. Yang ni kolam kanak-kanak.
Tapi kalau anak kita tak nak mandi, ada satu playground kat depankolam kanak-kanak ni. So dorang boleh main-main kat situ
Poyo je amani pakai sunglass. Hehe. Kat tepi tu playground depan kolam kanak-kanak
1 kolam lagi kolam dewasa. Kolam ni dalam sikit. Kalau tak silap saya dalam 3 ke 4 kaki camtu. Orang dewasa yang nak berenang-renang bagai boleh mandi kat kolam ni.
Yang ni kolam dewasa. MA duduk luar dulu dengan Amani.
Lepas tu AA (Ayah Amani) excited bawak masuk amani dalam kolam sekali.
Istimewanya Gold Coast Melaka International Resort ni sebab dia ada outdoor jakuzi. 1 kecik dan 1 besar. Disebabkan tak ramai orang masa kitorang pergi ni, so boleh la kitorang conquer jakuzi tu. Hahaha. Detik yang sangat penting dalam lawatan kami masa duk dalam jakuzi ni.
Ni la detik permulaan amani nak suka main air. Hehe
Mandi manda dalam jakuzi kecik. Nampak tak reflek kepanasan di muka MA tu. Hehe
Yeay! Amani dah suka naik pelampung. Main-main air.
Sebab apa taw. Sebab start dari mandi kat jakuzi ni la amani start having fun mandi and main air. Kalau tak nak mandi kat bilik air pon kadang-kadang nangis. huhu
So dah penat-penat theme park ni kami pon lepak-lepak bawah pokok kelapa sambil makan nasi lemak bungkus kat kedai luar. Actually tak pasti boleh bawak masuk makanan atau tak dalam ni. Sebab masa kami masuk tu tak ada orang jaga entrance dia. So tak ada la adegan cek-cek bagasi di pintu masuk tu. Heheh.
Meh MA belanja sikit gambar-gambar lepak kepenatan. Heheh
Lepas dah puas mandi manda kami pon siap-siap la nak balik. Yang kureng skit tempat ni satu je. Changing room dia tak banyak. Plak tu dalam 1 changing room tu ada 2 bilik air dan 1 bilik mandi je. So kalau orang ramai, agak packed sikit lagi kamar persalinan dia.
Tapi overall best dan menarik. Boleh la bawak anak-anak datang sini kalau tak tahu mana nak pergi hujung-hujung minggu tu. MA kasi 3 bintang.
Alahai.. Bersawangnya rumah mami ni. Fuh.. Fuh.. Tiup sawang sikit.
Hai semua. Maaf la dah lama tak update rumah ni. Baru-baru ni kesihatan mami agak kurang memuaskan sikit. Memang tak larat nak bukak laptop nak update blog ni. Terbaring je. Now alhamdulillah dah kembali seperti sediakala. Disebabkan dah lama biarkan bersawang, kepala ni pon tak dapat nak pikir kan idea nak tulis apa dalam blog ni.
Belek-belek gambar terjumpa la gambar masa mami bawa Amani Safiyyah pergi Ocenarium, The Shore. Actually dah lama dah bawak Amani pergi Ocenarium ni. Tapi tak update pon kat blog. So ni nak citer la pengalaman Amani Safiyyah jumpa ikan-ikan kat Ocenarium The Shore kat mana lagi kalau bukan Melaka Bandaraya Warisan Dunia.
Masuk je ocenarium terus nak tangkap gambar.
[Baling Belakang] Sebenarnya mami dan ayah Amani nak bawak Amani pergi Ocenarium ni dah lama. Masa tu shopping complex The Shore ni baru bukak. So diorang ada buat promosi 10% diskaun kalau tak silap. Tapi disebabkan waktu tu kami kesuntukan masa dan rasa macam Ocenarium ni not so interesting (sebab nampak dari luar macam kawasan dia kecik, so we all buget tak best mana pon) so kami decide tak masuk la.
Tapi selepas je nampak beberapa orang teman upload gambar-gambar mereka di fb mami jadi teruja pulak nak bawak Amani pergi Ocenarium ni.
Ocenarium ni terletak di tingkat 2 bangunan The Shore, Melaka. Konsep dia menyerupai Aquaria yang terletak di KLCC cuma Ocenarium ini lebih kecil berbanding Aquaria. Dan bayaran masuk nya pon lebih murah.
Bayaran masuk untuk dewasa pada saya tak mahal mana. Cuma RM18 dewasa dan RM kanak-kanak. Tapi Amani Safiyyah masuk percuma sebabnya bawah 2 tahun. Baby lagi. (Mami dan ayah yang teruja lebih nak masuk ocenarium, Amani bukan faham apa pon.. kihkihkih)
Masa buat bayaran di kaunter masuk tu, staf Ocenarium ni ada bagi kami sehelai kertas setiap seorang. Kertas tu sebenarnya kertas kuiz. Jawab semua soalan kuiz tu dan bagi semula pada staf tu masa keluar nanti. Kalau jawab semua soalan itu akan dapat hadiah dari Ocearium. Best kan..
Sambil pegang amani sambil jawab kuiz
Kuiz tu ada 10 soalan objektif. Kalau nak jawab soalan tu, kena gunakan cop yang disediakan di 10 tempat dalam Ocenarium tu. So mami rasa sangat interesting sebabnya kita ni tentu la nak jawab soalan tu kan. Bila nak jawab soalan dalam tu kena la baca info-info yang disediakan di 10 tempat tu. So bila kita baca untuk jawab kuiz tu dalam masa yang sama kita juga dapat tahu info-info menarik mengenai ikan-ikan kat situ.
Meh saya belanja gambar-gambar dan video sepanjang pengembaraan Amani.. Hehehe
Siapa boleh teka ni apa? Ni actually ikan batu. Sebijik macam batu.
Amani dengan spec 3d nya
Happy je amani walau dalam mulut jerung.Hahahah
Satu hari nanti saya nak join scuba team.
Ni dekat kolam penyu.
Kolam piranha.
She looks very happy during this adventure journey. Mami so happy for you sayang. Dont grow so fast dear..
Hari ni bermulanya peperiksaan UPSR bagi pelajar tahun 6. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang menduduki peperiksaan ini tentunya rasa berdebar-debar dan risau kan. Boleh ke anak tu nak jawab exam. Boleh ke mereka jawab dengan baik dan betul. Fuhh.. Boleh stress dibuatnya kan.
Sebelum ni mami dah share tips tentang apa yang ibu ayah semua boleh buat untuk anak-anak mereka yang sedang exam ni. KLIK SINI. Jadi ibu ayah semua jangan la risau sangat k. Mereka pasti dapat lakukan yang terbaik. Dah penat-penat mereka mentelaah pelajaran untuk exam tu, apa kata ibu ayah semua bawa mereka bercuti ke tempat menarik di Malaysia ni.
Tempat menarik di Melaka
Memandangkan mami ni duduk di Melaka. Maka mami nak kongsi dengan semua reader (macam banyak je reader tu yer.. Kihkihkih) tempat-tempat menarik sepanjang tahun 2015 yang ibu ayah semua boleh lawati. Banyak taw sebenarnya tempat menarik kat sini. Maklumla BANDARAYA WARISAN DUNIA.
Semua memang dah tahu kan Melaka merupakan Bandaraya Bersejarah. Jadi banyak tapak-tapak tinggalan sejarah yang mana susah untuk anda temui di negeri-negeri lain. Kedudukan Melaka di persisiran pantai juga menjadikan Melaka sebuah negeri yang sangat unik. Jom terjah tempat menarik di MELAKA yang anda boleh lawati.
Sebelum tu jom berhibur dengan Kumpulan Nasyid DIAN dari Politeknik Melaka tempat saya mengajar ni. Kalau nak tahu penyanyi utama kumpulan ini adalah abang kepada Akim AF dan juga penulis lagu POTRET dari AKIM & THE MAJISTRET
1. KOTAA FAMOSA
A Famosa merupakan sebuah kubu yang dibina oleh Portugis semasa menakluk Melaka pada tahun 1511. Kota ini mengambil masa 5 bulan untuk dibina hasil daripada kerahan buruk paksa bagi menangkis serangan orang-orang melayu pada ketika itu. Disebabkan cuaca yang panas dn kekurangan makanan ramai buruh paksa ini mati semasa pembinaan kota tersebut.
Kota A famosa ni terletak di atas bukit. Jadi paham-paham la. Untuk sampai ke atas tu anda perlu menaiki berpuluh-puluh anak tangga. Boleh semput juga nak naik atas ni. Tapi jangan tak tahu view kat atas tu memang best. Rasa tenang je. Tak rugi anda panjat tinggi-tinggi.
Antara coconut shake yang tersohor di Melaka ialah Klebang Coconut Shake. Dah nama pon Klebang Coconut Shake tentula lokasinya juga berada di Klebang. Waktu operasi Klebang Coconut Shake ni adalah seawal jam 12 tengahari dan tutup jam 7 petang.
Waktu operasi Klebang Coconut Shake
Coconut Shake Special
Unik nya Klebang Coconut Shake ni ialah kedainya terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk mereka yang ingin bawa pulang atau bungkus. Dan satu lagi untuk mereka yang ingin minum di situ. Kalau anda datang lambat sikit je, memang panjang la beratur nya. Sebab Klebang Coconut Shake ni boleh juga dikatakan sebagai salah satu tarikan pelancong di negeri Melaka ni.
Rugi rasanya jika anda tak cuba Coconut shake special ni jika anda melawat ke Melaka. Sekali cuba pasti nak lagi.
Taman rekreasi air panas Jasin ini merupakan satu destinasi istirehat yang perlu dikunjungi sekiranya anda berkunjung ke Melaka. Anak-anak anda yang baru selesai peperiksaan tu tentu seronok jika dibawa ke sini. Mana tak nya mereka dapat berseronok mandi manda.
Baucer ini mungkin boleh digunakan oleh anda semasa berkunjung ke sini
Taman rekreasi ni terbahagi kepada banyak seksyen. Ada bahagian koalm air sejuk dan ada bahagian kolam air panas. Air panas ini dihasilkan dari air mineral semualjadi iaitu air mineral suam tinggi sulfur putih beralkali. Ia dikatakan dapat menyihatkan tubuh badan keran keupayaan nya untuk mencantikkan kulit, menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan tekanan.
Foto: Kredit to roslithnin.blogspot.my
Harga tiket masuk yang dikenakan ialah RM6 untuk pengunjung dewasa dan RM3 untuk pengunjung kanak-kanak. Waktu operasi pula adalah seawal jam 9 pagi dan tutup pada jam 12 malam.
4. ZOO MELAKA & NIGHT SAFARI
Zoo Melaka merupakan sebuah zoo yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan merupakan ZOO KEDUA TERBESAR di Malaysia. Mesti anda akan rasa boring kan pergi Zoo ni. But believe me. Saya dah masuk beberapa kali ke sini dah setiap kali tu saya akan rasa seronok.
Selain layout perjalanan dalam zoo yang menarik, binatang-binatang yang dipelihara juga punya tarikan tersendiri. Jangan main-main jalan-jalan dalam ni taw. Silap-silap kena tour satu hari baru habis pusing.
Oh ye. Zoo Melaka ni juga ada night safari. Tak payah pergi jauh-jauh nak pergi Night Safari. Best kan..
5. MASBRO VILLAGE, PAYA RUMPUT
Salah satu homestay yang menarik di Melaka ini ialah MASBRO VILLAGE yang terletak di paya rumput. Jika anda masuk ke melaka melalui tol Simpang Ampat menuju ke Bandar Melaka, anda dapat melihat homestay ini di sebelah kanan jalan sebelum tiba di lampu isyarat Tesco Cheng.
Homestay ini boleh memuatkan sehingga 6 orang untuk satu rumah. Jarak antara homestay ini ke bandar melaka pula hanya7 kilometer sahaja. Sekali pandang nampak seperti di luar negara kan. Untuk tempahan boleh KLIK SINI
6. MEDAN IKAN BAKAR CRYSTAL BAY, ALAI
Kedudukan Melaka yang terletak di persisir pantai membuatkan ramai anak melayu mengusahakan medan ikan bakar. Ikan bakar akan terasa lebih enak jika dinikmati di tepi muara. Ramai yang dah maklum mengenai Medan Ikan Bakar Umbai dan Medan Ikan bakar Muara Sungai Duyong.
Sebagai penghuni negeri Melaka ni, mami kurang gemar mengunjungi kedua tempat tersebut. Sementelah kedudukan Umbai yang lebih ke atas dari Alai. Sebut mengenai ikan bakar tentula kita nak menikmatinya bersama-sama keluarga kan. Jadi tentula harga amat memainkan peranan.
Foto: Kredit to www.klurbanite.com
Pada saya harga menu ikan bakar di Crystal Bay Alai adalah lebih murah berbanding kedua-dua tempat tersebut. Walaupun lokasi medan ikan bakar ini tidak lah terletak di muara sungai sangat. Tapi at least harga menunya jauh lebih murah.
Deli Ikan Bakar adalah salah satu kedai ikan bakar di sana. Sekali sekala kalau mami teringin makan ikan bakar, Deli la pilihan hati. Selain makanan nya yang sedap dan murah, kedai ini juga mempunyai kawasan makan yang luas. Oh. Pemilik kedai ini juga baik hati. Setiap kali kami pergi memang dia akan berikan diskaun.
7. D'ALAI HOMESTAY
Oh ye.. Di alai juga terdapat sebuah homestay yang sangat sesuai untuk percutian seisi keluarga. Homestay ni memang selalu penuh kerana fasiliti yang disediakan hampir menyerupai sebuah hotel. Mana tak nya homestay ini mempunyai 15 bilik dan setiap bilik tu ada kemudahan-kemudahan yang privasi.
Homestay ini juga menyediakan promosi-promosi yang menarik untuk pengunjung nya. Antara fasiliti yang ada di sini ialah kemudahan BBQ, kolam renang dewasa dan kanak-kanak, kemudahan wifi dan lain-lain.
8. SKY TOWER THE SHORE
Sebenarnya sky tower ni terletak di shopping complex terbaru di Melaka iaitu The Shore. Nama pon The Shore kan. Memang kompleks ini terletak bersebelahan dengan Sungai Melaka. Anda dapat melihat bangunan ini jika menaiki river cruise menyulusuri Sungai Melaka.
The Shore ni nak kata shopping complex pon ye, hotel pon ye, apartment pon ye. Meh saya belanja gambar dulu la. Memang syokk.
Ha.. Macam mana okay tak tempat-tempat tu semua. Ini bukan calang-calang tempat taw. Tempat ni di suggest oleh orang Melaka taw. Dijamin seronok. Heheheh Selamat bercuti kepada semua anak-anak. Terutamnya yang abru lepas exam tu. Mak ayah pon tumpang berehat sekali yek..